Islam Hadhari, Konsep Yang Mengelirukan

PM Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan dan mempelopori satu gagasan baru kepada rakyat Malaysia sejak tahun 2003, yang dinamakan sebagai Islam Hadhari, atau dalam bahasa Melayunya “Islam Bertamaddun”. Islam Hadhari atau Islam Bertamaddun mempunyai rukun-rukunnya tersendiri yang baharu berjumlah 10 kesemuanya. Islam asal yang diturunkan Allah melalui RasulNya Nabi Muhammad saw pula mempunyai 6 rukun. Niat dan matlamat sebenar Islam Hadhari menjadi keliru sejak awal lagi. Namanya yang bermaksud Islam Bertamaddun menggambarkan seolah-olah ianya adalah Islam yang baharu yang lebih bertamaddun dari Islam Al Quran yang asal. Ianya tambah mengelirukan kerana mempunyai rukun yang tidak sama dengan rukun Islam asal.
Permasalahan

Islam Hadhari sejak penubuhannya lebih banyak membawa kekeliruan dan masalah kepada pemahaman Islam di kalangan rakyat. Bukan sahaja mereka yang bukan Islam bertambah menjadi sangat keliru, mereka yang beragama Islam, khususnya golongan muda dan mereka yang tidak berpendidikan tinggi menjadi kelam kabut. Antara perkara-perkara yang membawa kekeliruan ini ialah:

1. Penerusan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak, perjudian,dan lumba kuda terbesar di Asia Tenggara. Kegiatan-kegiatan ibu kemaksiatan ini terus berkembang dan dilesenkan oleh pentadbiran Islam Hadhari.

2. Konsert dan program hiburan yang melampau secara “live” dan melalui media massa meningkat lebih 100% sejak Islam Hadhari dilancarkan.

3. Isu murtad. Bilangan orang-orang Islam yang mengisytiharkan keluar dari Islam (murtad) secara rasmi meningkat dari tahun ke tahun. Setakat belum ada sebarang inisiatif dari pentadbiran Islam Hadhari untuk mengekang masalah dan menjaga kemurnian akidah rakyat secara jelas. Bahkan cadangan PAS di parlimen ditolak mentah-mentah.

4. Gejala maksiat di kalangan pimpinan. Kebejatan moral yang begitu parah di kalangan pimpinan kerajaan UMNO/BN sendiri, khasnya dari mereka beragama Islam yang diketahui umum tidak menggambarkan kesungguhan diperingkat tertinggi dalam menghayati Islam hadhari.

Penegasan dan Gesaan

Cara Islam Hadhari diperkenalkan, kandungannya yang kosong, perlaksanaan yang terlalu bercelaru, sokongan kepimpinan sendiri yang tidak lebih dari tepian bibir mulut, pertentangan secara jelas dengan syariat dan akidah Islam ajaran Al Quran, benar-benar telah mengelirukan rakyat. Bahkan ia juga mudah membawa kepada kegelinciran aqidah Islam sebenar.

Dengan demikian, umat Islam yang perihatin serta menyintai kemurnian akidah dan syariat Islam dengan tegasnya menggesa agar rakyat Malaysia seluruhnya menolak segala usaha yang membawa kepada kekeliruan dan kerosakan aqidah dan kembali kepada Islam yang sebenarnya.

Kehadiran Islam Hadhari adalah satu kehadiran yang memeranjatkan kerana, kehadiran tersebut merupakan satu bentuk penipuan di dalam agama atau dikategorikan sebagai bidaah zaman moden ini. Jika diselidiki lebih mendalam, Islam Hadhari merupakan satu kalimah yang hakikatnya salah pada sudut bahasanya dan boleh memberi bahaya kepada aqidah umat Islam. Begitu juga, jika dilihat dari segi perlaksanaannya.Dalam menghadapi parti Islam PAS sebagai parti lawannya UMNO sedar bahawa Islam adalah agama yang benar dan menyeluruh. Islam mempunyai pengaruh yang besar kepada bangsa Melayu dan umat Islam khasnya di Malaysia. Oleh itu, mereka perlu memanfaatkan atau eksploit faktor ini dan melemahkan pengaruh parti Islam dengan memburuk-burukkan parti berkenaan dan menunjukkan bahawa parti mereka juga adalah parti Islam progressive dan sederhana. Sebaliknya PAS adalah parti pelampau, memperalatkan agama dan membolot agama serta merasuah rakyat dengan syurga.

Tidak cukup dengan mereka menguasai dan merampas institusi agama, sekolah, madrasah, masjid dan sebagainya untuk memperalat institusi tersebut agar hanya menyokong faham kebangsaan yang mereka taja dan membentuk masyarakat dalam kepompong ajaran Melayu, sebaliknya mereka berusaha menampilkan sesuatu yang seakan-akan Islam agar mendapat sokongan umat Islam. Sebab itu mereka tampilkan slogan Islam Hadhari untuk mencapai matlamat berkenaan. Menurut Ust. Abdul Hadi Awang :

“..Tindakan mereka seterusnya ialah dengan mengemukakan program Islamisasi. Di bawah program ini beberapa ajaran Islam dilaksanakan dengan memilih aspek-aspek ekonomi dan politik yang menguntungkan. Bukannya Islam yang menyeluruh. Perlaksanaan ajaran Islam seperti perbankan Islam , juga menubuhkan institusi-institusi Islam adalah baik; tetap dialu-alukan dan kita memberi sokongan dan dokongan dalam perkara ini , tetapi apa yang kita harapkan ialah asas seluruh ajaran Islam hendaklah juga dilaksanakan. Ini disebabkan tiap-tiap aspek ajaran Islam adalah rangkaian yang tidak boleh diputuskan. Yang paling mutakhir dalam usaha meeka menghalang laluan Islam ialah dengan menonjolkan program Islam Hadhari. Islam Hadhari adalah kata saduran yang begitu indah bunyinya, tetapi apa yang tersirat adalah begitu beracun . Hanya segelintir yang menyedari betapa bahayanya slogan ini . Paling merbahaya lagi istilah dan slogan ini telah dilindungi dan dihiasi sama oleh segelintir ulama suu’ (jahat) melalui kenyataan-kenyataan mereka yang dibuat secara sedar atau tidak sedar, tetapi bersedia untuk menjadi alat musuh Islam.”

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai Islam Hadhari ini barangkali wajar kita menelaah ucapan-ucapan Dato’ Abdullah Badawi yang pernah menyentuh perkara ini. Dalam ucapan beliau di Jamia Millia Islamia, Delhi 22/12/2004 beliau menyatakan( terjemahannya seperti berikut): [ Sejak dua dekad lalu, kita telah melihat kebangkitan segera pergerakan Islamis. Ketika mana banyak daripadanya bersifat bukan politik dan lebih tertumpu kepada aktiviti sosial, banyak juga yang bersifat politik dan menyertai kerangka politik yang sah di negara masing-masing; dan mereka telah menjadi sinonim dengan apa yang dirujuk sebagai Islam politik. Mereka menyertai politik, tetapi matlamat yang mereka impikan adalah amat berbeza daripada sistem politik dan demokrasi berpenyertaan rakyat dalam sebuah masyarakat majmuk ].

Maksudnya Pak Lah meragui matlamat dan semangat golongan Islamis. Beliau tidak yakin kepada perjuangan parti Islam yang dipimpin oleh alim ulama di negaranya. Untuk menjustifikasikan kebenaran Islam Hadhari sebagai dasar UMNO berbagai penulisan dan kenyataan telah dibuat; baik oleh pemimpin utama parti mahupun pemimpin bawahan. Walaupun memang jelas dasar parti Melayu UMNO ialah faham kebangsaan yang menolak Islam untuk dijadikan dasar (nama) parti ; seperti yang ditegaskan oleh presidennya; namun yang hendak ditegaskan adalah sebaliknya. Mereka mahu menegaskan bahawa parti itu adalah berteraskan Islam, membela Islam dan mahu merealisasi tamadun Islam.

Islam Hadhar, walaupun ungkapan ini dalam bahasa Arab agak langka digunakan kerana kejanggalannya namun penggunaannya membawa makna “Islam Civilizational” atau Islam berketamadunan atau Islam bertamadun. Ini bermakna ada dua jenis Islam. Islam bertamadun dan Islam yang tidak bertamadun. Islam adalah agama yang syumul dan komprehensif mengandungi seluruh aspek kehidupan. Salah satu dari aspeknya ialah politik. Umat Islam mesti dan wajib berpolitik berlandaskan Islam. Tapi apabila UMNO menggugurkan politik Islam dari pegangan dan amalannya tidakkah itu bermakna ia telah meninggalkan sebahagian agama dan mengambil sebahagian yang lain.

Kedudukan moral dan budaya umat kini amat tergugat dan semakin parah dengan gejala maksiat. Para penentang penguatkuasaan syara’ serta undang-undang yang ingin menghalang gejala berkenaan semakin ramai dan galak. Mereka terdiri dari anak-anak tokoh pemimpin negara dari kalangan UMNO. Menurut Dr Syed Husin Ali T.Presiden PKR: “BN semasa Dr. Mahathir banyak menggunakan wang rakyat secara membazir. Banyak projek-projek mega yang tidak banyak manfaat kepada rakyat dibuat. Hasil kekayaan negara, sumber daripada petroleum yang berjumlah 350 billion lesap cuma tinggal 50 billion sahaja. Mengikut beliau, kalau wang sebanyak itu digunakan untuk kepentingan rakyat, sudah tentu banyak rumah-rumah untuk golongan miskin dapat didirikan. Dan semua rakyat yang miskin boleh mendapat pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti. Tidak perlu berhutang kepada PTPTN.”

Matlamat pemeliharaan alam semula jadi dalam kerakusan para pemimpin UMNO dan BN untuk mengaut keuntungan meteri tidak dapat dipertahankan. Kenyataan muluk dan bermadu boleh sahaja dirakamkan dan ditulis dengan tinta mas, namun apa yang berlaku di sebalik janji-janji bermadu itu adalah penggondolan dan pembugaran hutan simpan dan kawasan tadahan air hujan. Sandiwara penguatkuasaan dilakonkan dengan baik apabila ada kritikan dan kemarahan rakyat diluahkan, namun penjarah sebenarnya tetap utuh dan selamat dari tindakan undang-undang. Ini kerana mereka kroni UMNO. Sebab itu kedudukan Malaysia dalam Indeks Negara pengamal rasuah jatuh lagi dua mata selepas berada di tangga 34.

Mengenai matlamat keutuhan pertahanan maka kita dapati dengan kelemahan pimpinn UMNO dan BN yang ketara akan menyebabkan pertahanan Negara semakin rapuh dan tidak bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan. Dengan contoh komitmen Islam yang cacat dan herot, di samping amalan pemerintahan yang rasuah dan korup, pembaziran terhadap harta awam dan mementingkan muslihat kroni dan sebagainya sudah tentu persiapan pertahanan dalaman seperti akidah yang utuh dan pegangan syariat yang kental serta disiplin diri yang kuat dan mutu moral yang tinggi tidak dapat dicapai. Kelemahan dalam pembangunan manusia akan membawa kelemahan dalam pembangun kebendaan dan prasarana penting dalam Negara kita.

Islam yang diturunkan oleh Allah hanyalah satu. Musuh-musuh Allah mahu menggambarkan Islam dalam pelbagai jenama untuk memusnahkan Islam dari dalam. Mereka menggambarkan Islam berpecah kepada: politik Islam atau Islam Politik, Islam Progressive, Islam Libral, Islam Fundementalist, Islam Traditionalist dan berbagai lagi dan kemudian memaksa umat Islam agar masuk dalam salah satu kotak-kotak ciptaan ini agar mereka berpecah belah dan kalah serta musnah. Mana-mana umat yang terjebak dalam kancah ini dan terus fanatic dengan istilah dan acuan baru yang mereka cipta tentulah akan merana di dunia dan di akhirat.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Info. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s