
Berani & Benar | Gerakan Suara Rakyat
Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) merupakan pertubuhan sukarelawan rakyat Malaysia yang bebas untuk menyatakan luahan hati rakyat Malaysia di luar negara terhadap sebarang isu yang melibatkan negara Malaysia tercinta. Antara tokoh yang menaungi NGO kami ini ialah Dato’ Dr.Hasan b Ali. Malaysia sebuah negara merdeka, dan mengamalkan konsep demokrasi dan kebebasan, lantaran itu SUARA mengorak langkah sebagai medium khusus untuk menyuarakan pandangan dan lontaran buah fikiran rakyat Malaysia tersebut.
Motto SUARA
“Berani dan Benar”
Presiden SUARA | Saudara Mohd Firdaus Madzlan
Timb. Presiden | Saudari Fitri Nurul’Ain Nordin
Objektif Penubuhan SUARA;
1) Medium utama atau lidah rasmi rakyat Malaysia di luar negara.
2) Menyuarakan kepada kerajaan segala idea dan buah fikiran warga Malaysia di luar negara.
3) Menyebarkan maklumat dan berita yang tepat serta betul berkenaan semua isu yang melibatkan negara Malaysia kepada semua rakyat Malaysia di luar negara.
4) Melahirkan warga Malaysia yang cintakan negara dan sanggup berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.
5) Melahirkan warga negara yang mempunyai pengetahuan am dan semasa tentang Malaysia walaupun berada jauh di luar negara.
6) Menanam sifat cintakan kemakmuran, keamanan, toleransi, dan bencikan persengketaan.



