26.DIS 2011,Kaherah; Kehadiran timbalan presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu ke program Gerakan Suara Rakyat (SUARA) semalam, mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari rakyat Malaysia yang berada di mesir dalam majlis penerangan serta soal jawab isu semasa bersama beliau. Majlis tersebut yang telah diadakan di dewan rumah Selangor, Haiyu Asyir berjaya menghimpunkan seramai 1000 orang rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Majlis dimulakan dengan solat hajat berjemaah sempena peperiksaan yang akan bermula bulan depan.
Beliau yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke Palestin dan Lubnan telah menjelaskan pelbagai isu yang sedang berlaku di Malaysia antaranya, mengenai kenaikan indeks rasuah dunia, isu semasa di Malaysia, kebangkitan islam di dunia, serta fenomena ‘arab spring’. Beliau juga turut menyentuh sejarah berkaitan peradaban islam dahulu dan juga kini. Turut berucap dalam majlis tersebut, Ajk kerja PAS pusat Tuan Haji Hanipa Maiden yang hadir bersama rombongan.
Dalam Majlis tersebut, presiden SUARA telah menyerahkan replika cek bernilai LE 25,000 kepada Tuan haji Mohamad Sabu untuk dana pilihanraya. Sumbangan tersebut merupakan usaha murni beberapa individu yang telah menyerahkan sumbangan kepada pihak SUARA.
Beliau turut melancarkan Dana Pilihanraya USD20/seorang. Kutipan dana oleh AJK lantikan SUARA akan berakhir pada 20 Februari 2012. SUARA mensasarkan LE70,000 untuk disumbangkan kepada PAS Malaysia sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum ke13 yang akan datang.
Di akhir majlis Tuan Haji Mohamad Sabu telah meluangkan masa bersama hadirin untuk bergambar kenang-kenangan.




TAHNIAH SUARA!