
SUARA merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak secara sukarela dan bebas untuk menyatakan luahan hati rakyat Malaysia di luar negara terhadap sebarang isu yang melibatkan negara Malaysia tercinta.
SUARA juga menjadi proksi untuk memberi kefahaman yang jelas kepada mahasiswa tentang lanskap politik dan isu Malaysia secara tepat dan diyakini.
BERANI DAN BENAR
1) Medium utama atau lidah rasmi rakyat Malaysia di luar negara.
2) Menyuarakan kepada kerajaan segala idea dan buah fikiran warga Malaysia di luar negara.
3) Menyebarkan maklumat dan berita yang tepat serta betul berkenaan semua isu yang melibatkan negara Malaysia kepada semua rakyat Malaysia di luar negara.
4) Melahirkan warga Malaysia yang cintakan negara dan sanggup berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.
5) Melahirkan warga negara yang mempunyai pengetahuan am dan semasa tentang Malaysia walaupun berada jauh di luar negara.
6) Menanam sifat cintakan kemakmuran, keamanan, toleransi, dan bencikan persengketaan.


